Rabu, 14 Oktober 2009

AkU dAn oRaNG LaMA

Salam untuk semua..
lama rasanya x edit blog, last story tentang raya..lepas habis kelas cik Hisyam minggu lepas aku terus berangkat ke Maktab Kuala Kubu Baru, ada kursus kajian kawasan. Aku agak serabut sikit sebab terpaksa mengantikan anggota lain kerana dia mengalami masaalah kesihatan..
hari pertama...dan hari2 yang berlalu...
masa sesi pendaftaran pun aku dah blur, bukan ape, nama kursus "ulangkaji"... yang hadir otai lama2 1 malaysia punya polis ma..ikhlas aku katakan macam nak balik jek.. x de kaki la..
kelas aku ada 29 orang pelbagai bangsa.. kawan sebilik pulak "siam mari' umur dia dah 50 taun..nama dia LAu. perempuan ada 6 orang saja, tapi dalam ramai2 ada satu nyonya/ auntie nama dia LeNg yang nak bersara bulan 12 nanti.."ipoh mari" kesian dengan dia.. kalau korang jumpa tentu ingat nyonya pegi pasar ho... dah x larat, sakit sana sini, tapi kena datang juga kursus.. malam2 sakit badan..akulah jadi tukang urut x professional.. sebab dia selalu mengadu dengan aku.. mintak picit2 badan.. tahan sakit sampai nangis ho.. yang paling muda dalam kursus ni pun aku kot ... lain2 39taun ke atas...
dewan makan, bilik kuliah dan aktiviti luar.....
dewan makan jauh sebatu di atas bukit, Maktab nie dalam proses mengalami renjatan pembangunan yang amat pesat sekali ...asalnye dewan makan x jauh dari asrama, tapi dah terbakar awal taun nie, hangus..kami gi makan lapar balik pun lapar... dahlah kene berkawad pastu pakai uniform huhuhu.. bertahun dah x pakai.. bilik kuliah pulak boleh tahan jauhnye.. masuk2 berdebu dalam kelas ... mana otai2 yang semput makin jadi siputlah jawabnya... hehehe..hari2 kerja aku papah nyonya g kelas.. kalau naik bukit, naik tangga aku tarik la pelan2... kalau turun, dia laju, x yah papah..tapi best, dia layan aku macam anak dia walaupun baru kenal 2-3 hari.. hari2 dia rendam maggie untuk aku sebelum tido aku sebab jadi bodyguard dia... huh..
kajian kawasan kat Batang Kali, Hulu /selangor
hari kedua, ke-3, dan esok... kami buat kajian kawasan kat Batang kali, hulu Selangor ... sektor aku kawasan Kampung2, sekolah, kuil, masjid, g jumpa tok empat, KEMAS, taman2 perumahan dan banyak lagilah.. mcm2 kene buat, ambil gambar, buat rajah kasar laluan & tempat yang nak pegi.. jumpa cikgu2 besar.. ustazah2,ustaz2,makcik, pakcik kampung.. dan interview diorang serta dapatkan maklumat2 yg diperlukan la...(rahsia x leh bagitau) ... kat sini bukan macam KL, kat sini penduduk dia baik sangat,.x kiralah Melayu, India, Cina dan fahaman politik...g klinik pun staff nurce hidangkan kuih raya, rumah tok empat jangan cakap, macam hari raya pertama siap makan nasik.. segan sangat...pengerusi kuil siap bekalkan kami "maruku" penduduk sini baik sangatlah sangat.. apapun memang meletihkan..tapi menyeronokkan walaupun group aku ramai OKU, macam2 sakit ada..sakit pinggang, jantung, darah tinggi, kencing manis dsb...biasalah orang lama... surat doktor pun panjang berjela... apapun aku bersyukur sangat sebab orang lama bukan minda pun lama..tapi diri penuh dengan ilmu di dada , pengalaman pun ada yang dah lebih 30 taun , tunjuk ajar memang gread A++... banyak aku belajar tentang asam garam dunia polis nie..antara dulu dan sekarang .. ada yang lahir zaman penjajah dulu... entahlah, aku terfikir juga, dalam sakit2 diorang hadir, walaupun dah lebih dari otai tapi x sombong, x kedekut ilmu... apapun aku sedar betapa bertuahnya aku hadir kursus nie.. x sama dengan kursus2 yang pernah aku lalui... "dunia orang lama"..biar tua tapi hati muda hahahaha itu nyonya kata sama aku laaa tadi dalam kelas...

Isnin, 5 Oktober 2009

oRienTeeriNg Dan aKu yang HaPPy




Salam untuk semua..
Alhamdulillah selesai dah wat orienteering.. walaupun keadaan badan x mengizinkan masa 2.. huhuhu pehaku melecet sebenarnya ..pedih tergesel dengan seluar .. tapi control.. segan nak bagitau.. huhu apapun aku happy dapat abiskan orienteering walaupun aku last... bestnye..1st time aku jejak kaki bukit cherakah cantik rupanye tempat nie.. happy nye aku disini...nyaman, cantik..mcm2 ada..cuma jauh berjalan je hehehe
Kalau dalam polis, jangan harap lah.. xde nak merasa,..apapun thank buat kawan2, cik Hisyam n cik2 PERLU, adik2 degree serta peneman sepanjang perjalanan..' liza'. pecah juga lemak2 kuih raya dibadan haha.. happynye aku!!
'peringatan puncher bukan stappler huhuhu' melokek kad 2 jang oi....