Ahad, 20 Disember 2009

ATIKAH MASUK WAD

ASSALAMUALAIKUM...
MCM2 BENDA BERLAKU BULAN NIE... DARI CINCIN HILANG, LAPTOP HILANG DAN SAHABAT BAIKKU MASUK WAD...
BUAT KAWAN2... ATIKAH MASUK WAD DI HOSPITAL SUNGAI BULUH... PENYAKIT MISTERI...
DIA DAH OPERATE... TOLONG DOAKAN DIA SUPAYA CEPAT SEMBUH YE..
KALAU ADA YANG NAK MELAWAT.. ATIKAH BERADA DI TINGKAT 6, WAD 6A, KATIL 17....
SALAM UTK SEMUA....

Selasa, 24 November 2009

PERKOSAAN VISUAL- WOMEN ONLY

PERKOSAAN VISUAL-(wanita kena bace)

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah "cermin dua arah" (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun berkemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saat inilah kita perlu berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau "cermin 2 arah?"...
Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan "cerminnya 2 arah": tapi untuk di Public Area do this thing : LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) iaitu dengan meletakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).
Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah "cermin 2 arah" ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Peringatan Utk Wanita- mineral water

Hai para wanita...
Air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama . perkara ini telah di identifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia ...
Seorang ibu telah didiagnosis mengidap kanser payudara baru-baru ini dan Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta kerana hawa panas yang memanaskan bahan plastik dan di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara. Jadi tolongberhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta anda . Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun daripada plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air .mereka telah menemukan racun ini pada saringan ujian payudara yang telah dibuat.
sayangilah diri anda.... for women only .....

buat meNANtu lelaki

Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian.
Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya dan......
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan
“Dari ibu mertuamu”.
Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta dan.....
Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan
“Dari ibu mertuamu”
Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat dan....Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan
, “Dari ayah mertuamu”.

Jumaat, 20 November 2009

Suka-SUKA HatI

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Rabu, 4 November 2009

pedulikan saja..

aku pun x fikir..nak jadi 'single mother' muda2 lagi... tapi aku redha ketentuan Allah pada aku... aku terima..dah cuba sedaya upaya nak perbaiki... hampa
dari bujang,ke bini orang,kembali menbujang tapi bersama dua benih cinta.... aku bersyukur sangat2...
ibu tunggal, janda, single mother, gen2..apa saja orang nak kata sama maksudnya...
bukan nak meluahkan apa yang terbuku dihati..tapi kenyataan hidup nie bagai percaturan hukuman manusia.... buat kawan2 senasib aku bersyukur, aku x merempat nak cari sebutir beras untuk anak2ku,.. aku x pernah meminta2... mulut orang? biasalah tiada yang manis dari sepahit hempedu hahaha
hati kena keras... kalau dulu air mata pengubat hati tapi hati dah jadi keras bagai konkrit mengunung jadi pelindung...lumrah manusia tiada yang jelik dari mengata org sampai lupa mati akan datang juga dan dirimu bukan dewa x terlepas dari bala..."Allah bayar cash".
kadang2 hidup perlu ketawa... penawar hati yang luka lara... ada yang datang seikhlas hati menjadi teman setia tapi ada juga mengambil kesempatan. bagi aku siapa yang hadir aku terima, x pernah terdetik hatiku nak syak wasangka... aku tahu Allah x kan menduga insannya ini kalau bukan kerana sayang, kuatkah hatiku???
hari ini aku gembira kumpulan ibu tunggal yang aku ikuti dapat melahirkan ramai ibu tunggal yang bekerjaya dan berjaya... x mati dek umpat dan caci manusia yang bermulut durjana... hari ini ku lihat sahabatku yang pernah dipukul, merempat, dicaci dan dihina berjaya buka butik yang ke 3... inilah penangan ibu tunggal yang dipandang hina oleh sesetengah masyarakat yang x ada minda!!

Rabu, 14 Oktober 2009

AkU dAn oRaNG LaMA

Salam untuk semua..
lama rasanya x edit blog, last story tentang raya..lepas habis kelas cik Hisyam minggu lepas aku terus berangkat ke Maktab Kuala Kubu Baru, ada kursus kajian kawasan. Aku agak serabut sikit sebab terpaksa mengantikan anggota lain kerana dia mengalami masaalah kesihatan..
hari pertama...dan hari2 yang berlalu...
masa sesi pendaftaran pun aku dah blur, bukan ape, nama kursus "ulangkaji"... yang hadir otai lama2 1 malaysia punya polis ma..ikhlas aku katakan macam nak balik jek.. x de kaki la..
kelas aku ada 29 orang pelbagai bangsa.. kawan sebilik pulak "siam mari' umur dia dah 50 taun..nama dia LAu. perempuan ada 6 orang saja, tapi dalam ramai2 ada satu nyonya/ auntie nama dia LeNg yang nak bersara bulan 12 nanti.."ipoh mari" kesian dengan dia.. kalau korang jumpa tentu ingat nyonya pegi pasar ho... dah x larat, sakit sana sini, tapi kena datang juga kursus.. malam2 sakit badan..akulah jadi tukang urut x professional.. sebab dia selalu mengadu dengan aku.. mintak picit2 badan.. tahan sakit sampai nangis ho.. yang paling muda dalam kursus ni pun aku kot ... lain2 39taun ke atas...
dewan makan, bilik kuliah dan aktiviti luar.....
dewan makan jauh sebatu di atas bukit, Maktab nie dalam proses mengalami renjatan pembangunan yang amat pesat sekali ...asalnye dewan makan x jauh dari asrama, tapi dah terbakar awal taun nie, hangus..kami gi makan lapar balik pun lapar... dahlah kene berkawad pastu pakai uniform huhuhu.. bertahun dah x pakai.. bilik kuliah pulak boleh tahan jauhnye.. masuk2 berdebu dalam kelas ... mana otai2 yang semput makin jadi siputlah jawabnya... hehehe..hari2 kerja aku papah nyonya g kelas.. kalau naik bukit, naik tangga aku tarik la pelan2... kalau turun, dia laju, x yah papah..tapi best, dia layan aku macam anak dia walaupun baru kenal 2-3 hari.. hari2 dia rendam maggie untuk aku sebelum tido aku sebab jadi bodyguard dia... huh..
kajian kawasan kat Batang Kali, Hulu /selangor
hari kedua, ke-3, dan esok... kami buat kajian kawasan kat Batang kali, hulu Selangor ... sektor aku kawasan Kampung2, sekolah, kuil, masjid, g jumpa tok empat, KEMAS, taman2 perumahan dan banyak lagilah.. mcm2 kene buat, ambil gambar, buat rajah kasar laluan & tempat yang nak pegi.. jumpa cikgu2 besar.. ustazah2,ustaz2,makcik, pakcik kampung.. dan interview diorang serta dapatkan maklumat2 yg diperlukan la...(rahsia x leh bagitau) ... kat sini bukan macam KL, kat sini penduduk dia baik sangat,.x kiralah Melayu, India, Cina dan fahaman politik...g klinik pun staff nurce hidangkan kuih raya, rumah tok empat jangan cakap, macam hari raya pertama siap makan nasik.. segan sangat...pengerusi kuil siap bekalkan kami "maruku" penduduk sini baik sangatlah sangat.. apapun memang meletihkan..tapi menyeronokkan walaupun group aku ramai OKU, macam2 sakit ada..sakit pinggang, jantung, darah tinggi, kencing manis dsb...biasalah orang lama... surat doktor pun panjang berjela... apapun aku bersyukur sangat sebab orang lama bukan minda pun lama..tapi diri penuh dengan ilmu di dada , pengalaman pun ada yang dah lebih 30 taun , tunjuk ajar memang gread A++... banyak aku belajar tentang asam garam dunia polis nie..antara dulu dan sekarang .. ada yang lahir zaman penjajah dulu... entahlah, aku terfikir juga, dalam sakit2 diorang hadir, walaupun dah lebih dari otai tapi x sombong, x kedekut ilmu... apapun aku sedar betapa bertuahnya aku hadir kursus nie.. x sama dengan kursus2 yang pernah aku lalui... "dunia orang lama"..biar tua tapi hati muda hahahaha itu nyonya kata sama aku laaa tadi dalam kelas...

Isnin, 5 Oktober 2009

oRienTeeriNg Dan aKu yang HaPPy




Salam untuk semua..
Alhamdulillah selesai dah wat orienteering.. walaupun keadaan badan x mengizinkan masa 2.. huhuhu pehaku melecet sebenarnya ..pedih tergesel dengan seluar .. tapi control.. segan nak bagitau.. huhu apapun aku happy dapat abiskan orienteering walaupun aku last... bestnye..1st time aku jejak kaki bukit cherakah cantik rupanye tempat nie.. happy nye aku disini...nyaman, cantik..mcm2 ada..cuma jauh berjalan je hehehe
Kalau dalam polis, jangan harap lah.. xde nak merasa,..apapun thank buat kawan2, cik Hisyam n cik2 PERLU, adik2 degree serta peneman sepanjang perjalanan..' liza'. pecah juga lemak2 kuih raya dibadan haha.. happynye aku!!
'peringatan puncher bukan stappler huhuhu' melokek kad 2 jang oi....

Isnin, 28 September 2009

HARI RAYA,KELUARGA N ANAK2

SELAmat HaRi RaYa UnTuK SeMua & MaaF ZaHiR DaN BaTin

KeLuArga Aku
Hari Raya memang meriah, walaupun Mak dah x ada.. alhamdulillah Semua abang & kakakku balik bersama family masing2.. anak2 buahku ramai sangat.. 16 orang..dalam perut pun dah ada 2.. sepupu2 aku pun balik..anak2 diorang ramaiiii.. ada yang dah kahwin n ada anak... jadi aku dah jadi Maksu@NEKSu kenelah menyediakan ape yang patut.. tiap2 tahun aku merangkap pembekal kuih raya kat kampung.. order untuk abah, abang, kakak dan saudara mara tercinta.. huhuhu..cecah ribu gak kos kuih jek..nak buat? x ada masa, x pandai, x sedap, hangus @ x masak.. tapi penyebab utama adalah =MALAS.. Saudara mara aku ada yang dok seremban, selangor, kl n kat mcm2 tempat..diorang dah jadi orang bandar.. x pelah kita orang kampung kan..kan.. Apa yang pasti..diorang akan berkampung di rumah abah aku gak.. mcm umah setinggan dah jadinye.. kat dapur pun leh jadi tempat tido..huhuhu..

Sebagai pembekal bunga api & mercun, aku dan abang Tam aku comform dikerumuni oleh anak2 buah & anak2 saudara termasuk anak jiran kiri dan kanan umah bapak aku untuk mendapatkan bahan letupan masing2.. kami bagi free jek.. abah aku tolong pasang pelita n ajar cucu2 dia main dengan berhati2 tapi aku tengok Abah aku pun main mercun bola gak,mercun ketupat dan botol..!! green light...

Bab masak, x payah risau, ramai wakil2 menunjukkan bakat terendam, jadi aku cuma wat rendang nogori sembilan 2 ajelah kot.... rendang tok, wakil kedah ada, penang ada, kelantan ada, johor ada, perak ada, ganu pun ada.. sebab adik bradik aku kawin merata2 termasuk sepupu aku gak.. family aku mmg suka kawin jauh2.. x taulah kenapa.. tapi paling aku happy nenek aku nak masak gak wlpun dah 95 tahun.. gigil2, dilarang dia marah OOoo, huhuhu..

Anakku Aiman Syahmi & Arif Zal Hasmi..

Adik(Arif) demam sehari sebelum raya.. selsema n x larat sesangat.. rupa2nya dia kene MAMPS @begok@ bengkak kelenjar.. tapi dia x meragam langsung.. makan, minum, main munga api pun larat wlpun aku tau dia sebenarnya paksa diri nak wat benda 2 semua sebab teringin join sepupu2 dia main dan beraya.. makan ubat pun x ada masaalah, coz dari kecik dia suka makan ubat.. wlpun baru 5 tahun dia lagi besar dari abang dia..dan lagi aktif.

Abang(Aiman) Hari raya dia paling happy.. sihat n berlari sana sini main kejar2.. nyorok2.. dan beraya sakan..tapi bila adik sihat dia kene ruam.. dan bukan ruam biasa.. dia kene CHICKENPOX @ campak@ cacar air.. bukan itu aje..semalam abang kene sakit mata pulak dah... doctor bagi MC sampai sembuh.. alahai anakku sayang... adik pulak leh lari2, nyorok2 tgalkan abang haaai..macam2!! sebagai ibu, aku x kemana2, takat rumah akak, balik kampung arwah mak, gi kubur mak dan abang iparaku yang baru meninggal bulan 7 yang lepas. aku jaga adik dan abang.. yang pasti tiap kali raya adik mesti demam, tapi tahun nie dua2 sekali.. cinta hati pengarang jantungku sakit pulak...

lupa nak bagitau.. Syasha mak dan ayah dia dah ambil..walaupun berat tapi itu yang terbaik baginya..sempat gak beli baju dia dan barang mainan.. tapi aku rindu... sakit rasanye rindu kan tomel aku nie.. baru nak baraya sama2.. yang penting tomelku berada disamping keluarganya..hatiku ..hahaha jangan ditanya..

Oklah panjang cerita raya.. apapun aku dah masuk keje.. ada pahit, manis raya tahun nie, nenek raya dengan aku, semua abg&kakakku balik beraya, sebelum nie x pernah cukup pun, saudara mara pun berkumpul kat rumah Abah, anak2ku beraya dengan aku, My X pun beraya dengan aku dan yang pasti aku dapat CUTI RAYA!!! Syukur sangat2... cukuplah disini saja.. bye.. )

CinTa DaLam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku..
Mengagumi tanpa dicintai..
Tak mengapa bagiku..
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu..
Dalam hidupmu.......
Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku..
Mencintaimu pun adalah bahagia untukku
Bahagia untukku..
Ku ingin kau tahu..
Diriku disini menanti dirimu...
Meskiku tunggu hingga hujung waktuku.......
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya..
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja..

Ahad, 27 September 2009

ALaHai Nak Wat Camne Ek...

Salam Aidilfitri Untuk Semua....Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf di atas segalanya..
Sebenarnya ikutkan hati banyak nak story..tapi bila guna harta kerajaan nie, rasa x baik pulak.. cam x jujur jek.. ramai yang tanye..nape x update blog... Sesungguhnya biarlah kite bagitau sebab musababnye yek..
1. laptop kene virus..bila on dia off,bila off dia on memanjang..tapi blur..blue jek hehe
2. hantar repair kat bahagian IT bukit Aman, kene tunggu turn
3. x leh hantar kat kedai or mana2 tempat servis, banyak benda sulit, rahsia, cicero.
4. Masa diambil mungkin 1 minggu atau lebih
jadi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..
sesungguhnya diri ini bosan x leh nak layan blog kawan2, x leh chat.. search mane2 yang perlu.... dan macam2 lagi... Selamat Bekerja bagi yang dah kerja cam saya nie.. dan selamat beraya bagi yang lupa nak kerja hehehe. ASSALAMUALAIKUM..

Ahad, 13 September 2009

beRanGin..

pagi ini indah seperti biasa... yup indah.. tapi sampai opis jadi x indah... maun x nye,aku tengok kat whiteboard, cuti aku kene potong... kertas 2 macam nak kene koyak je.. incas aku buat dek bila aku tanye.. adeke patut cuti raya aku kene potong. dah 3 tahun aku x ambik cuti raya.... angin 1 badan...mentang2 aku baru lapor kat tempat nie.. sesuka ati perut dia je potong cuti aku...nak kene nie.. aku jumpa bos, aku bebel2 ... mcm blur je bos aku yang bakal pencen nie... dia kata mana ada dia potong.. lagipun dia dah luluskan.. salah point la nak marah huk!!huk.!!..
aku g tanye akak kerani n pentadbiran.. cuti ok diorang kata... ceh sah2 'wa kena beb' naik balik kat opis incas aku gelak2... sah dia yang print senarai nama yang bercuti 2... memang saja dia nak wat april fool di bulan september nie.. cam hampeh.. nasib baik dah berumur..kalau x maun aku sekeh....geram....

Isnin, 7 September 2009

kAsiH SaYanG...



salam untuk semua...
Apapun nak ucapkan terima kasih diatas kehadiran dan jemputan di majlis berbuka puasa di cheras baru2 nie... memang bestlah.. lama x rasa mkn ramai2 cam 1 family...
kasihnya ibu...membawa kesyurga
kasihnya ayah... masa berada...
Cerita mengenai ibu/emak/mama/umi/mami/amma... -memang best, sapa x happy ingatkan zaman kecik2, zaman mengada2, zaman otak x fikir nak wat ape selain main, sekolah,main sampai kene ligan keliling kampung sebab dah magrib x balik rumah .....hahaha sebab sibuk main dengan kawan2...

Tapi bila aku dah jadi ibu, baru sedar tanggungjawab terlalu besar...memikirkan hal anak2 yang nak membesar, simpanan untuk persekolahan, sakit pening semua untuk anak2... diri sendiri? sebagai seorang ibu, x pernah terfikir nak beli barang sendiri, shopping pun 1/10 je barang sendiri, lain2 untuk anak2...
Ibu snggup bersengkang mata bila anaknye demam, sakit,...kembung perutlah, muntahlah, menangis tengah malam lah... merajuklah...nak mainanlah..itu ini..semua dalam otak ibu hanya untuk anak..... Bila dah besar anak2, ibu rasa lega, alhamdulillah anak2 jadi insan berguna... dulu kecik2 nakal, malas pergi sekolah, kene pujuk, kene hantar...kene suap makan.. sakit, luka sikit2 pun mak dah risau...siap bubuh ubat lagi kan...
Dulu kalau melawan cakap mak x pernah fikir hatinye, sebab mak diamkan je...tapi bila dah jadi ibu..anak wat balik kat kita..berdesing telingga.. nak rotan? bukan cara terbaik kot... kalau dulu mak x pernah rotan aku...x kan anak2 aku nak rotan... fikirlah kan...anak zaman sekarang lain, lahir2 dah boleh buka mata.. x payah nak bedung nak lampin, pempers dah ade...x payah susah2 mcm mak kita dulu...
Ayah/abah/bapak/babah/walid/dady/appa.... lain sebutan tapi sama maksud kan... abah is the best.. he is my hero... abah pendiam, tapi bila wat lawak sampai air mata aku leh keluar... manjakan anak ye jugak, rotan x pernah, tegur pun suka berkias2 tapi panas laaa.. hangat!!! keluar pagi2 dah cari rezeki.. tapi cukup rajin memburu dalam hutan, balik bila dah 2-3 hari... kesian kat mak.. mana nak hantar anak2 sekolah , nak ke kebun sayur, dok uruskan kambing2 kat kandang 2, uruskan kedai kecik semua dia buat sorang... kuatnye emak... kalau anak2 tanya abah nape selalu x de,jawapan yang paling best ialah:-
sayang bini tinggal-tingalkan
sayang anak tangan-tangankan
So takut kene 'tangan' baik jangan tanye hehehe, mak biasalah, malam2 suruh kite g mengaji,.. jauh pulak 2, berekor2 4 beradik ... bila balik selalu kene tinggal... diorang lari coz lalu bawah pokok ketapang besar yang konon2nye ade hantu, ape lagi dah kene tinggal..menangis la sampai abah jemput, dok kaku x bergerak2 kat bawah pokok 2... ... ceh! wat rugi je g mengaji tapi penakut hehehe, bila dah selalu kene tinggal, abah akan hantar dan jemput... punyalah sayang anak... budak2 sekarang pun mcm 2 juga, g sekolah berhantar, balik berjemput... tambahan lagi ayah2 sekarang ada yang bergaji besar... kan...kan...
Sekarang bila aku dah besar panjang, ada anak, teringat kenangan dulu, zaman 2 x mungkin berulang... bila baca kes orang buang anak, dera anak., bunuh anak... rasa nak gak tanye, nape buang anak... mak kita dulu susah lagu manapun x terdetik dihati dia nak buang anak., campak merata2.. binatang pun sayang anak tahu x!!!..ayah..nape dera anak.. susah ke jaga anak ni hah? kalau x mampu nak pikul tanggungjawab, jangan nikah dan jangan buat... x boleh dengar anak nangislah... bapak kita dulu anak nangis malam pun sanggup bangun buat susu memandangkan ibu dah letih seharian uruskan rumahtangga.... kenapalah kan...kenapa sekarang makin menjadi2... makin kehadapan, makin hilang nilai kemanusiaan...
Aku pernah tengok mayat bayi yang dibuang... pucat, comel..tapi dah kene hurung semut, merengkot sebab sejuk... bayangkanlah saat2 anak itu ditinggalkan tanpa rasa kasihan... kesejukkan, x ada pakaian,bogel, letak bawah pokok sawit yang ada kerengga... tentu bayi 2 menangis sampai hilang suara... tentu dia menjerit2 kesakitan dihurungi serangga2 yang merayapi tubuhnya, melata menggigit, bayi x pandai tepis, bayi x tahu nak buat apa... dirinya suci,putih sebersih-bersihnya... ..tentu dia kelaparan dan kesejukkan... kalaulah bayi 2 boleh bercakap tentu dia panggil "ibu" ibu" ayah"ayah" tolonglah jangan buat aku mcm nie...sampai hati ayah dengan ibu.....kasihanilah aku, ayah!! ibu....tolooonglah.......sakit..sakit...aku sejuk ayah...aku lapar ibu!!!!...
Entahlah mcm2 yang aku baca,tengok.. ada janin hancur kene langgar.. ada mayat bayi tinggal kepala dan tangan... kene baham biawak..arghhhhh!!! manusia ke haiwan ke setan... serabut dunia nie... oklah..apapun aku rasa melalut dah nie... c u..

Sabtu, 5 September 2009

Macam X Caya Tapi Kenyataan OOOoo


Untung jugak no, dapat belajar, sponser by PDRM lagi, pastu dapat rasa macam2 ada....rasa apa? rasa gayat, gerun,takut sampai g tandas 3 kali... maun taknye, bedorau raso hati den nie...
Hari ini dalam sejarah..
Bukan sejarah MALAYSIA or NEPAL , tapi sejarah hidup aku, buat kali pertama dalam hidup aku wat abseiling... tipu? mana ada tipu bang bulan pose ma...Memang ini adalah kali pertama dalam hidup aku wat abselling...turun dari tingkat 11...kat menara kejuruteraan..... takut= comform lah, gayat= maun taknye tinggi tuuuu..., gerun= tengok kawan2 yang dah turun (selamat ke)...,gi tandas= itu perkara biasa bila dah terpaksa buat sesuatu yang mengecutkan usus2 dalam perut ku..
"pagi itu indah seperti biasa...tidur yang lena terhenti disana"...pagi ini memang indah cuaca baik... line clear... maka apa yang dijanjikan telah tiba.. selama ini aku dok bayangkan saja, mungkin dikalangan rakan2 ku ada yang dah biasa buat..bagi aku this is the 1st time.. tapi aku jenis layan jek.. buat jangan x buat jang.. kesihatan ok, x da apa yang boleh menghalang aku dari melakukan abseiling pada hari nie..

Awal2 pagi aku dah datang, rakan kelasku pun dah ada, cik poji terus ajak naik tingkat 11, rupa2nya adik2 digree dah sampai lagi pagi.. depa sibuk siapkan peralatan, pasang rope dan segalanya.. segan jugak, kami yang nak wat abseiling, adik2 dok tolong sediakan apapun tima kasih banyak2 ye..
Apa lagi kenelah wat warming up, tapi yang jadi conductor warming up pun macam x ada perasaan, takut kot..cam aku gak..lepas tu aku tinjau kat bawah...sayup2 mata memandang.. cam x leh gi je.. kecik2 orang yang dok kat bawah 2.. yang pasti instructor masa kat pulau kapas hadir, cik Yasir, cik Hafiz, cik Boxer,cik PPT, cik Farah n the geng. Cik Hisyam bagi penerangan 1 per1 kepada kami.. cara ikatan , pengunaan barang2 abseiling (seat harnes+ carabiner+fegure of eight n yang penting keselamatan peserta nak turun termasuklah yang 'menebeng' jadi penonton kat atas menara 2... yelah dah lah dok jd penonton x rasmi jap lagi 'tertolak ke..'terkejut ke..'terpitam ke.. maun 'terjunam kat bawah bangunan 2..naya jek... bila dah faham masing2 dengan penuh semangat dan kegayatan bersiap2lah menunggu giliran...nasib baik boleh test kat tiang besi 2...kan
kicauan2 mulut lazer disk dan penyokong2
Hahaha nie yang lemah, buat cik2 yang hadir, diorang banyak bagi keyakinan..suruh relex, tenang, yang penting jgn tgok bawah..takut gayat...bantu ajar aku n t geng cara 2 yang betul nak turun..buat yang dah turun pulak.. mcm2 benda diorang kata... yang bestnye mala d'boom.. siap gelak2 n wat lawak antarabangsa... buat orang lain kecut perut.. terutamanya aku.. ada ka patut dia pas selamat turun,naik balik menara , dok depan aku siap wat lawak, takutkan aku n buat aku pucat,.. tangan aku usah cakap dah macam kene parkinson oooo...
my turn
aku antara insan terakhir turun.. kat bawah tadi cik farah suruh wat spiderman.. bunyi cam best pulak.. cik Boxer kita pun siap ajar cara2 nak wat spiderman.. cik john pun sama lah jadi cikgu dok ajar aku... diorang kata best.. best ke?? x taulah.....cik hafis dah siap tolong aku pakai seat harnes..so this is my turn.. nak turn back x leh dah hukhuk.. control nyawa je dah nie.. bila dah time aku redha je ape cik Yasir n cik Hisyam buat..yang pasti Cik Hisyam tolong wat boweline kat pinggang aku yang kecik nie..bukan aku je, dia wat kat semua yang nak turun.. sayang gak dia kat kita yek!! Cik Yasir adalah peranan utama.. dia yang bagi penerangan n cara2 sebelum nak turun bangunan 2.. muka dia x leh cakap, garang ke tegas ke geram ke letih ke x tau nak kata...peluh dia mencurah2 nasib baik x menitik kat muka aku nie... huhuhu.. bila dah langkah penghadang tepi 2 aku x leh nak story ape dah.. dengan je arahan dari cik Yasir..suruh aku turunkan punggung? hehe kelakar..luruskan badan sampai street kat dinding.. kepala kat bawah,kaki kat atas.. bawah nampak pokok, atas nampak awan dan aku jadi sawan hahaha.. dan yang pasti aku wat spiderman.. x salah aku nak cuba kan kan .. keselamatan pun 100% aku rasa selamat.. dan kalau apa2 berlaku, pasti wonderpet akan datang membantu huhuhu..alhamdulillah aku selamat turun ke bawah walaupun pada mula2 nya aku bermasaalah ditengah2 bangunan 2... x kira, aku nak wat gak spiderman sampai abis... nak jugak!nak jugak!

last sekali
Syukurlah semua berjaya buat abseiling.. aku pun nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua yang terlibat membantu,mengajar dan memberi nasihat berguna buat aku n kawan2..ikutkan hati teringin nak buat lagi.. nak wat mcm2 cara..mesti best.. yelah,mungkin ini lah yang terakhir,..x tau bila lagi dapat buat mcm nie.. kalau x belajar comform aku x dapat pengetahuan tentang abseiling nie.. aku happy sangat!! mekasih semua!!! salam.

Jumaat, 4 September 2009

Antara Tanggungjawab Dan kasihan




salam untuk semua...

Seminggu yang lalu..
Datang seorang ibu..beranak 6 kerumahku..wanita itu bekerjaya seorang tentera....
tapi...
suami berada di dalam penjara.. kesalahan adalah kerana mainan politik semata2.. si Isteri menangis tersedu2 memikirkan anak2 masih kecil, bersekolah, rutinnya si ayah akan membantu menguruskan anak2 yang masih kecil.. keluarganya bahagia..terlalu bahagia..
aku termenggu memikirkan bagaimana cara nak membantu.. memang aku x punya kuasa nak melepaskan si ayah..tapi mungkin jua kerana aku juga seorang ibu...rasa kasihan wujud dalam diriku... kalaulah aku?? dia lebih berusia dariku tapi dia buntu, raya semakin hampir, anak2 sibuk bertanya "ayah kerja x nak balik ke" ayah x rindu kat kami ke ibu?"ayah x balik ke raya ni ibu??"
kelmarin...
aku diberi cuti kecemasan kerana anakku kurang sihat... dikesempatan itu ku jumpai seseorang yang tahu dan arif tentang cara untuk membantu meringankan nasib si ibu.. dan
semalam..
Di mahkamah lenggong, ku bawa si ibu, ... suaminya dapat diikat jamin RM1500.00, si ibu sanggup bergadai segalanya, tanah dan barang2 beharga. Kerana suami tercinta... diturutkan segala.. dengan anak2 yang dikendong dan dipimpin..berlinangan airmata, menyaksikan sebuah keluarga bertaup semula...
Pagi ini...
diriku x mampu lena, terbayang saat bahagia si ibu dan anak2.. bertemu dengan insan yang dicintainya.. kembali bersama, dan pasti Hari Raya ini cukup bermakna pada mereka. hanya itu yang aku mampu..kasihan,simpati dan marah, memikirkan kerana ketamakkan manusia sanggup hancurkan keluarga sendiri.. sanggup gunakan kuasa jahamankan sebuah keluarga bahagia... entahlah... macam2 aku lihat.. aku telan pahit dan manis.. yang pasti aku gembira dan terharu dapat melihat keluarga itu bersatu semula...

Isnin, 31 Ogos 2009

jEnis2 IkATan- bacalah


*sheet bend


*butterfly


*bowline


*half hitch


*clove hitch


*fisherman knot

Khamis, 27 Ogos 2009

MALAM PERTAMA

MALAM PERTAMA ?????

Untuk renungan Kita Bersama....
Tuk merenungkan indahnya malam pertama...
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata-mata...
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa...
Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut.....
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara....
Hari itu...
mempelai sangat dimanjakan.....
Mandipun...harus dimandikan.....
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya....
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan....
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan....
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu....
Setelah dimandikan..
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih..
Kain itu ..
jarang orang memakainya..
Karana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita...
Keranda pelaminan...
langsung disiapkan....
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga...
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul Kita.....
diiringi langkah longlai seluruh keluarga...
Serta rasa haru para handai taulan...
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah zikir...
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. .
yang telah tiba duluan...
Siraman air mawar..
pengantar akhir kerinduan...
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian.....
Untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan....
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah...
Di kamar bertilamkan tanah liat yang berbau.....
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya....
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu......

Rabu, 26 Ogos 2009

PELANGI PETANG

KUmeniti AWan yaNG kelabu...
ku tempuhi lorong yang berliku..
Mencari siNar YanG MEneRANgi kegeLAPankU...
kUpercaya nanTi Suatu Masa...
Sang Suria Kan Menjelma Jua...
Bagai pelangi petang kau kan pasti PERGI JUA.....
eNGKAU tiba BagaiKan PeLangi....
TAK BERCAHYA NAMUN KAU BERSERI...
Tapi CUKup MengHiburKan Hati Ini.... Seharian Waktu Besama MU...
Tak terasa Saat YanG Berlalu......
Bagai PELANGI PETANG Kau Kan PasTi Pergi Jua....


salam untuk semua...
Mungkin tanpa sedar kita menyakiti hatinya...mungkin tanpa niat kita melukakannya...'mungkin' mempunyai maksud yang terlalu berbeda.. mungkinkah kita hanya mengerti diri kita sendiri tanpa memperdulikan siapa dia... tapi sebesar mana pun kepala kita, sekaya dan sekuat badang pun ingatlah dunia ini hanya sementara... Allah Maha Besar.. kita nie cuma ibarat habuk yang berterbangan dibumi sebelum di vacum , dikumpulkan, diasing dan yang dipilih disimpan ditempat yang terbaik..yang buruk???

selalu yang tersirat lebih baik dari tersurat...sebab x menyinggung sesiapa...entahlah....

Ahad, 23 Ogos 2009

GamBaR Sikit2 Kat PuLaU KapAS 3

makan kucing..nyam..nyam...
posing la konon2..padahal sakit pinggang

kakkoi & liza merawat kucing mabuk laut














sempat gak yus yek....


kak ina,joe & mala happy nak balik...hehe


En.Yasir&CikYazilah.senyumle cikit















IniJelah Gambar Yang Ada Masa Kat Pulau Kapas... Coz camera & hydcm X bwk G sana Tapi Leh La tengok hehe

Aku Dan Bulan PuaSa

Salam & salam sejahtera... Selamat Berpuasa Semua...

"alangkah beruntungnye kita, sihat dan mampu menunaikan tgjwb utk berpuasa...kan..kan"

Hari nie aku balik kampung...balik kuala pilah,N9... kampung abah...

Bulan puasa byk kenangan buat aku, dulu masa umur 6 taun, baju raya aku terbakar malam raya, masa orang kampung datang, buat takbir rumah ke rumah... sampai melecur kulit dan parut pun ada lagi sampai sekarang...mak aku menangis... peluk aku . abah kendong aku bawak g klinik kat kampung... puncanya.. abang aku bakar meriam buluh masa aku tengah lari2 main munga api...

Tahun2004, bulan puasa juga, Mak yang paling aku cinta,sayang dan kasih kembali menemui Maha Pencipta... lagi beberapa hari nak raya... masa 2 raya mcm x raya... kami x sambut apa pun...abah berkurung dalam bilik... aku tahu abah menangis...

Sekarang, aku balik kampung,.. yang tinggal abah.. abang,kakak dan anak buah ku yang seramai 18 orang termasuk 2 di dalam perut kakak2 ku... besarnye family...best...tapi kita nie manusia, sering ada rasa sayu, sedih, gembira, pilu dan rindu....

Masa aku bawak kete nak balik kampung semalam, niat aku nak g ziarah kubur Mak, rindu kan mak, dulu tiap kali aku balik, mak akan tunggu aku kat depan rumah, aku memang manja, tidur pun dengan mak... makan bersuap, tidur kat peha, x cakap pun mak akan masak apa yang anak2 dia suka... tapi itu dulu.....

Bila sampai kampung, semua berbeza, tapi aku tetap gembira ada Abah yang x pernah jentik aku dari lahir sampai sekarang... abah selalu tegur... x pun abah akan cakap elok2 walaupun berbisa kat telingga kami semua......tapi kekosangan hati tetap ada... aku bersyukur ada Abah, dia x pernah fikir nak cari penganti Mak, walaupun kami paksa... dia kata "kucing Abah kan dah ado" Puteh ado, kelabu ado, Hitam ado... x payah kau risau dah...pandailah den jago diri... kalau mato den pojam pun... den ingat Omak kau jo" aku dgn adik beradik terkedu bila Abah cakap mcm 2... jadi kami x pernah tanya abah pasal penganti Mak... Aku tahu abah sunyi, dok sorang kat kampung...

Malam nie, lepas berbuka dgn Abah, abang & kakak,.. aku gerak balik KL, esok aku kerja...
bila sampai rumah aku terfikir nak kata sesuatu " buat kawan2" baliklah kampung selagi Mak Ayah kita ada... sibuk mana pun kita gilah balik, sebab bila salah seorang atau kedua2nya tiada..x ada makna hidup kita.. nak nyesal pun x guna...kasih sayang mak abah kita x boleh beli kat pasaraya, x boleh cari kat puncak gunung manapun, x boleh carik kalau kita selam sedalam mana pun...baliklah...

Apa pun aku bangga ada masih ada keluarga yang sentiasa jadi tulang belakang aku, buruk aku mereka terima... susah senang aku mereka tanggung bersama.... bangun jatuh aku mereka tetap ada.. x pernah sisih dan tinggalkan aku sendiri.. Terima Kasih Allah beri aku sebuah keluarga yang cukup bahagia...............

Buat semua, aku mintak maaf, x tau kenapa hati aku tiba2 sedih... apapun aku mintak maaf banyak2 atas segala kekasaran dan kesalahan aku selama ini... Selamat Berpuasa!!!

Khamis, 20 Ogos 2009

aKu Dan puLau Kapas 2

13/8/09 0800 hrs


Pagi2 aku dah mengadap pejabat SPRM.. bukan aku ambik rasuah, tapi ambil statement sebagai saksi. biasalah polis, tapi dari pagi serba x kena dengan diri aku.. dahlah jem, datang office bos nak benda urgent sedangkan jam 0900 aku kene g SPRM.. settle pun dah petang... dalam hujan rintik2 ros mintak cari beg, iyelah esok nak g Pulau Kapas. aku g petaling street@china town beli beg utk dia, brg2 aku dah siap coz ini bukan kali pertama aku camping.malas nak membazir. Entahlah x tahu kenapa, aku bukan saja2 nak langar kereta orang, tapi benda tu terjadi, dalam hujan aku excident, remuk pintu kete sampai mudguard..walaupun aku polis tapi menggigil gak, dalam hujan aku kuar, tapi mamat kete yang kene langar 2 maki hamun... mungkin aku penyabar kot, malas nak layan aku ambik no.kenderaan dan gi buat report. dalam basah2 nasib baik ada kawan kat balai polis trafik jalan bandar, so settle. tapi aku jenis penyayang harta... sakit je hati tengok kete remuk mcm 2, mungkin ada hikmahnya...
14/08/09 0830hrs
Pagi ni sepatutnya aku g UITM, tapi sekali lagi kene gi SPRM, x lama sampai jam 1200, dalam jem aku balik, nak ambil barang2 g pulau kapas.. hantar pet aku g pets shop. tengok dah jam 1415, x sempat nak mandi, aku siap2 terus gerak gi pulapol. Serabut juga, kereta mcm 2, jadi aku mintak member perbaik keta aku, janji balik dari pulau kapas kete 2 ok. memang aku rasa x puas hati kene maki dalam hujan.. kalau cerita hindustan x pelah diorang memang suka golek2 dalam hujan... siap nyanyi2 lagi... aku melayu kia, dalam diri aku x de benda mcm 2, berhibur bukan aku, marah2 bukan line aku... sampai pulapol, kawan2 dah ada, sama2lah punggah barang masuk dlm bas.. cantiknye bas..thank banyak2 buat member yang uruskan. malas nak fikir pasal kereta yang penting aku nak g pulau kapas. Memang aku happy dari awalnye coz dapat dari dari dunia yang serabut nie..aku suka pulau,pantai dan air... bestnye.. harap2 dapat tengok bintang yang mengerlip dilangit, dapat baring tepi pantai.. syok beb... dalam bas penuh angan2 nak buat apa kat sana.. lagipun bagi aku pulau kapas x asing dah byk kali aku pergi dengan kawan2. x ada pa nak dirisaukan.. tapi kali nie kehadiran aku berbeza, bukan suka2 atau makan angin sambil kunyah kuaci. bukan bersantai sambil tengok mat&minah saleh yang 18SX tu..hehehe.kedatangan kali ini lain dari selalu....tunggu aku pulau kapas... pergh! mcm citer panggilan pulau ma...
15/08/09 0001 hrs
Alhamdulillah.. sampai juga kat terengganu, kat ipd marang..semua yang terlentok dalam bas dah bangun, semangat nak masuk surau sambung tido kot haha, tapi ada jugak yang check barang2, aku cam biasalah, dah x mandi dari siang jadi aku mandilah sorang2 kat tandas surau 2 bertemankan cicak kat dinding... bila masuk kat dalam surau wow! kawan2 dah lentok siap tidur cam silang kata kekeke... macam2 stail time tido, ada muzik,ada mengigau, ada dok lepuk nyamuk dan ada yang tido2 ayam... plug kat dalam surau semua kene booking, cas tepon n hdycam.. bangun pagi kawan2 semua semangat, ada yang mandi jam 0500 ada yang melaporkan keadaan semasa pada suami dan boyfriend masing2... aku? hahaha... mandi lagilah... siap2 coz x sabar nak g pulau kapas. Pagi jam 0700 kak ina, kak zam,kak kam dan abe poji g beli ikan, ayam n sayur so kami yang tinggal terus g jeti marin, sampai sana kene tunggu air pasang pulak dah... coz bot marin x leh masuk... terimalah seadanya dan berkelanalah di tengah panas bersama adik2 dan kawan2... Akhirnya....yes!yes! dah boleh naik bot! , kamipun loading barang2 dan aku n semua yang terlibat pun menuju ke pulau kapas... 10 minit jek...kekeke cam tunggu flight ma. Dengan penuh riak dan bangga berjaya juga aku mendarat di pasir putih tapi bukan kapas di pulau kapas... dan...jeng..jeng..jeng..."barang2 kamu letak tepi, beratur dulu.." siapakah gerangannya itu? garangnya, besar, pakai cermin mata hitam, baju hitam bersama kawan2... ini sudah lebih!!! marah nie!!! oh ye, diperkenalkan kaki ragging kami yang pertama.. sapa lagi Cik MAZLIN kita la....hehehe .cubalah bagi salam dik oi.. akak ko nie nafas semput lagi dik...naik bot dah penuh angin dalam perut, kene cam nie darah memdidih cepat ditengah panas bening nie sayang oi... hai lemak manis amboi2... santan kelapa amboi2, dot...dot..dot...anak siapa....
Bermulalah kehidupan kami di sini dengan tugasan pertama iaitu buang tali di dahan2 pokok.. memasang khemah dan berjemur semula sambil menikmati keterikan "matahari".. agnes monica... lepas semua sampai , brader tadi pun bagilah masa buat khemah, dan sebagainye...30 minit, 10 minit, 5 minit dan entahlah yang tau aku dah g dapur masak nak makan tengahari tapi makanan 2 dimakan waktu matahari tenggelam kot...tapi aku x kisah, buat ape nak marah bro 2 dah bwk watak dia dengan jayanya... tahniah!!!aku suka gak mcm nie, teratur gak semua, kalau x da diorang x de program dan x de cerita nak tulis dalam blog nie. tanpa diorang mcm hadir makan angin jelah... baik dok chalet, bwk awek mandi manda, tapi aku respect la, diorang muda tapi ada ilmu, x semua orang berani bercakap, pandai buat dan tahu apa nak dirancang. Selama ni yang aku kenal pandai cakap, pandai ampu, suruh plan terkial2, berani bersuara tapi bodo sombong dan berlagak pandai walaupun SPM cam aku gak. Khemah aku kecik dok empat orang, mala d'bom, atikah d'cool dan liza d'rider.. campur aku dan beg2 mcm lari dari rumah nie memang cam rumah setinggan kekeke akhirnya bila dah x leh bernafas mala dgn aku putuskan tukar khemah besar sikit... lega la.... thank ryan tolong akak. mekacih...
16/08/09 0645hrs
Hari nie merupakan hari ke-2 aku dipulau kapas, berteman kawan2, adik2, instructor, pensyarah2 aku dan kicauan burung,cengkerik serta nyamuk yang saix XXL....pagi nie aku bangun cam biasalah,kene awal nak mandi beramai2.bila dah siap sarapan dan bermulalah aktiviti2 seterusnya.... "jungle tracking" bersama compas... ni yang lemah nie.. kalau suruh berjalan kaki 1 pulau aku ok..tapi baca compas x ok...x pe aku kene belajar, sebab aku tau aku bado dan perlu belajar... kumpulan aku terdiri dari kak kam org lama yang sempoi dan sporting, ina dari E-PJJ yang lemah lembut dan baik hati serta abe poji yang rajin tolong kekawan... bukan itu aje kami digandingkan dengan aslina "shalin zulkifli" kak zam@ kak koi, khairul si muka ganas dan brian bermata 4 hehehe..bukan itu je, kami dapat instructor cik HAFIZ, muka nampak garang tapi baik dan x kedekut ilmu... bagi aku semua dalam group nie hebat2 belaka, cik Hafiz pun banyak membantu, coz bila kami salah jalan dia check compas dia pastu buat2 tanye hehehe walaupun dia muda aku suka cara dia...(nie bukan ampu tapi kenyataan coz dia x kedekut ilmu ma) abe poji dgn khairul jadi penanda, diorang kat depan, aku ngan brain kat blkg, coz risau kat ina lembut takut dia tertinggal, dalam sinar sang suria cam spotlight,masing2 jadi letih, tambah lak berjalan pastu gi rumah api yang dok kat puncak 2, lutut longgar beb... semua main peranan baca compas, bila silap cik Hafiz akan check guna compas dia, jadi alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat. dari sini aku nampak semua yang terlindung, ada yang jadi emak bawa makanan utk anak, ada penyelamat yang ambik berat tentang kawan2 dan ada yang jadi JBA bawak air bagi kawan2 dan semua kita share sama2.. i love u my friends...yang pasti semua destinasy berjaya dijejaki, tanpa bantuan cik Hafis comfom kami semua dah buat check point sendiri hehehe, biasalah dah tua, slow sikit bang oi... dalam jam1330 kalau x silap kami sampai kat tapak perkhemahan..time 2 cik Hafis buat post mortem sikit..apa2 pun thank sgt2 cik, kawan2...
Panjang pulak nak cite nie, petang aku n the group kene wat water confident, "bestnye leh mandi laut"... aku memang suka air, x kisahlah kat ne pun di campak yang penting dapat berendam cam hippotetanus...dan aku,kak kam,ina & abe poji akhirnya menjadi group yang per 1 di tinggalkan ditengah laut, diorang x campak, diorang suruh terjun satu2..dan cik SHAWN letak aku yang paling last skali, ingat dia nak bwk g pulau Gemia tengok penyu huhuhu... apa lagi semua gaya bebas, kuak lentang tunggang langgang pun terjadi...tapi kami in t.group dah planning, 1st terjun =Ina, Abe Poji, kak Kam jadi siapa yang x tau berenang terjun dulu dan tunggu, jadi bila dah berkumpul kat laut 2, kami pun gerak sama2, tapi aku kesian ngan kak kam, kaki dia kejang, aku nak tolong tapi dia tolak coz dia nak aku tolong ina, siIna dah pejam mata kuak lentang tah kemana arah... abe poji pulak rupanya dia panik bila nampak darat nun jauh disana... dia dah berenang x bergerak gerak.. yang aku tengok dia minum air masin banyak hehehe.....itulah lelaki macho majalah masculin dalam kumpulan aku yang meninggalkan kami wanita gagah nie 3 beranak di tengah lautan...hahahaha... nak tau ape jadi... x de ape pun hehehe.. alhamdulillah kami wanita 3 beranak selamat sampai dan abe Poji pulak telah ditimpa sesuatu yang x lah dasyat...kene landak laut je... kesian dia... cik2 instructor pun membantu..."wonderpet...wanderpet sedia membantu...abang poji yang dalam kesusahan" ape yang penting"kerjasama"
Disebabkan group aku dah sampai awal, dikesempatan itu, kami diarahkan ikut cik YASIR ngan cik BOY g belajar abselling... dalam panas dan basah.. aku n the geng g lah membuntuti cik kita yang comel nie..hehe mencari tempat yang sesuai...tapi nak wat camne..bentuk muka bumi kat pulau kapas nie x memberangsangkan langsung sebab x sesuai nak wat abselling..jadi cik comel kita pun ajar lah secara teori..kami pun gerak balik ke tapak perkemahan dan...maaf ye cik..x ikut arahan...cik comel suruh kumpul kat khemah pusat coz dia nak ajar teori mengenai barang2 @ perkakas nak wat abselling tapi kami semua g bilik mandi membasuh ape yang patut..hehehe melekit..dan dah keras cik Yasir tunggu kat khemah kami pun muncul sorang...sorang... nasib baik dia penyabar...memang penyabarlah aku rasa... dia ok jek..muka cute jek..marah x...senyum x...letih tengok kerenah kitaorang kot... hehehe jgn marah Cik Yasir ...nanti x hensem kekeke..."senyum....seindah suria" senyumanmu amatlah beharga" dengan senyuman terjalinlah ikatan..." lalalalla.. seronok tau kelas dia... dan yang pasti masa belajar ikatan dia ada ajar aku n the geng..mybe dia tengok muka aku cam kulat..cam bodo2 alang x tau nak ikat... dia ajarlah aku n the geng 1 per 1... tapi lepas ajar aku blur balik hahaha..
17/08/09 0700 hrs
"Pagi ini indah seperti biasa, tidur yang lena terhenti disana, layap kuyu masih x terasa, bukalah pintumu curahkan cahaya."... seperti biasa, aku bersiap untuk activity seterusnya... berkayak &snorkelling, kali ini aku berpacaran dengan abe Poji,.. kak Kam dengan Ina lembut..hati aku jadi seronok coz ni aktiviti yang paling aku minat...Cik Hisyam pun dah beri penerangan yang cukup jelas bagi telingga yang x tersumbat... memang dia hebat bagi aku, boleh jadi bapa coz boleh jaga anak2 dia yang 60 lebih orang kat pulau nie... kewibawaan dia terserlah, walaupun aku kurang bercakap dengan dia tapi dia sorang yang care dan dia jalankan tanggungjawab dia dengan bagus sekali... aku nie suka perhati orang... banyak orang aku perhati , mungkin kerja aku pun dok mengendap n perhatikan orang, terbawak2lah sikap 2 kemana2 pun.. dan ekspedisi pun bermula... aku x ada masalah dengan abe Poji, walaupun dia x tahu sangat berkayak tapi dia bersemangat, sesekali padle kami berlaga,aku mula membebel, tapi abe Poji bukak 100plus bagi aku minum... hahaha betullah bila emosi menguasai diri baik minum air... tapi bkn air masin.. aku happy tengok keindahan alam, hebat betul kejadian Allah SWT.. dunia nie rupanye luas, bukan beratapkan batu berdindingkan konkrit je... kat sini aku blh nampak abe Poji jalankan tgjwab dia sebagai ketua, dia asyik tengok belakang, risau kawan2 laun yang jauh di hujung mata, dia suruh aku tunggu sampailah semua dekat dan kami berhenti check point per-1. semua dah mendarat, maka activity makan dan minum sambil dengar penerangan dari Cik Hisyam mengenai snorkelling pun bermula...snorkelling? aku cukup minat... dapat tengok isi perut laut... tapi aku join group ke-2 coz boleh lama sikit dalam air 2... untung kan? Ina lembut aku bawak masuk ke air, tapi dia memang agak panik, aku tahu dia berani tapi setiap manusia juga ada sifat takut, akhirnya dia berjaya juga snorkelling... aku respect dia as a friends dia berani ma...dah puas berkenalan dengan ikan di dasar laut kami semua meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu pulau GEMia,.kat pulau ni special sikit, setahu aku kat sini ada pusat ternak anak2 penyu... tapi x berkesempatan, dalam riuh rendah kawan2 aku bersuka ria di pulau nie,aku tetiba jadi sedih,.. bukan ape teringat sesuatu yang x mampu aku katakan... dalam umur ku 29 tahun di muka bumi ni, aku leh happy2, ada kawan, aku dok aman damai, ada kerjaya tapi kalau aku dok kat palastin ke mcm mana yek... kesitu pulak.. walaupun aku ganas, slumber, muka x malu, tapi hati aku kecik ma, menangis gak kalau teringat sesuatu... yang pasti aku teringat kat emak aku... cinta ku pada dia sampai ke akhir hayat aku, mak aku x bleh beli kat pasar raya, ayah dan adik beradik... aku rindu dia... sorry melalut pulak... kita sambung... dah puas berhappy2 kami semua pun bedayung pulak ke tengah.. nak tau buat ape? "CAPSIZE"ejaan x betul sorry la ye... abe Poji besar+ tinggi, aku kecik +kering... bila wat capsize, aku terpaksalah bergayut bagi dia naik dulu, bagai nak gila memberatkan badan dalam air, aku risau dia terbalikkan kayak lagi tapi bang Poji kira bijak dia x tunggu lama nak naik so aku memang dapat partner yang sesuai skali, memahami dan pandai pujuk aku dengan air 100 plus hahaha. Buat rakan2, semua aku nampak bekerjasama, mana yang x naik lagi diorang bantu...aku rasa bangga berada dikalangan rakan2 ku... aku sayang semua... walaupun kita berusia, jadi ibu @ bapa, kita kuat tanpa mengira siapa dia? apa pangkatnya? rapatkah kita dengannya? semua disini jadi sama, semua bekerjasama... i love u baby!! akhirnya yang terakhir kami pun berjaya sampai ke tapak perkemahan... rugi ooo... bukan senang menuntut ilmu kalau x ada pengorbanan atau keinginan...cayalah geng!!!
-1700 hrs... hari yang sama....
Niat dihati bila balik dari berkayak nie boleh berehat, ya! memang betul, berehat di dalam hutan.... survival bersama 2 botol air 1500 ml, 1 ketul kentang dikerat 4, segenggam beras dan 2 biji telur ayam bersaiz S. 5 batang mancis , garam secukup rasa, kopi ke teh lupa pulak heheheh x tau mana cik YAZILAH comel ni dapat idea nak wat lagu nie.. poning kepalo den!!!.. Xpe tengahari tadi dah pulun, lagipun perut nie mcm stoking hehehe...bagi aku best jugak, x de yang x best. aku suka... kawan2? entahlah aku tengok kak Kam steady jek, Ina Lembut cool jek, abe Poji cam confident je... harap2 x de masaalah lah kan kan....bila dah masuk hutan, kamipun membersihkan ape yang patut, buat khemah walaupun pada asalnye x nak buat, cari daun buat tilam dreamland, pastu carik kayu api..lalalala...carik kayu api...carik kayu api....carik kayu api...maka kami pun bermalamlah sambil merehatkan badan... aku nie kuat tido... jadi aku letak je badan terus tido, bangun g kencing merata pastu tido...dan tido lagi sampai ke pagi, yang pasti malam 2 ada juga cik Hisyam kita n the crew wat lawatan makcik kiah kat khemah kami... soalan paling best tanye aku yang mamai ialah aku ok ke x, coz ada group lain dengar suara aku menjerit.."JANGAN GANGGU AKU" Pergh!!! aku ok jek... apa lagi sambung tido la... berehat ma... rugi x tido...
18/08/09 0800hrs
"Kulihat hijau".. bila ku buka mata, hijau je.... best... jadi sambung tido lagi la...rugi x tido.. nanti kene wat aktiviti lain karang lotih jang oi....tengahari aku n the geng g carik kelapa coz air 2 botol dah abis...berjaya juga merembat 6 biji kelapa tua yang buleh dibuat santan masak lomak cili padi....isi kelapa 2 aku makan macam burung terkukur...kekeke... tapi puas sebab semua dapat rasa... inilah dinamakan kawan susah dan senang...dari pagi ke tengahari, last2 sampai petang, barulah cik YAZILAH datang menjemput ngan cik Hisyam n the geng...... dan biarlah rahsia bila cik Hisyam minta story kisah sedih..."hanya aku dan kamu yang tahu tentang diriku"...bila semua dah selesai kami berkumpul di tepi pantai... cik YAZILAH pun wat post mortem, aku suka cara dia cakap lembut, dan bagi aku dia comel hahaha cutekan... sampai kat tapak perkhemahan kami disajikan dengan bubur yang dimasak khas oleh cik Poziah dan mungkin juga orang kampung den turut membantu... walaupun bukan bubur M'D tapi sedap, mungkinkah aku yang lapar tahap dewa @ bubur 2 dimasak dengan rasa sayang dan kasihan tukang masak pada kami yang baru keluar dari hutan nie. makan kat khemah utama membuatkan aku rasa bagai satu keluarga, Ros sibuk bubuh perencah dlm bubur, passing bubur biar semua rasa, mcm adik beradik aku rasa... mcm aku dengan kakak dan abang aku masa kecik2 dulu... semua dah dapat baru makan sama2.. disudut khemah, kak zalina tengah suapkan liza, aku tahu dia sakit, semua kawan kelas tahu tentang Liza... kesian dia...harap dia akan ok balik. dia kuat semangat, dilarang dia tetap nak buat.. , liza kawan sekhemah aku, dari awal aku tau dia dan Mala x sihat... . , masa mula sampai pun aku rasa x sedap badan gak tapi aku nie telan ubat awal2, aku ada asma..tapi x da apalah...jangan H1N1 dah lah...
1830 hrs
Ini malam terakhir ku disini, terlalu cepat masa berlalu... malam nie kami bergotong royong buat BBQ, Abg Hassan@harun buat recepi ayam goreng berempah+ daun kari+serai dan bahan2 rahsia... pergh! sedap 2... leh chalange KFC... aku uruskan sotong, udang, hotdog dengan wan, hadi dan rino..sempat gak aku bergambar ngan sotong 2, wan,adi dan aku bergambar sakan mcmlah sotong 2 kita orang yang mencandat... hahaha, tikah,brain, joe, mala, apai, khairul semua jadi kaki bakar BBQ.. abe Pink blur aku nampak dok sibuk mencelah bergambar... kakaka... Ina lembut dan umi turut membantu mengambil gambar,.. kak zam dan kak kam sibuk wat nasik goreng resepi turun temurun,.. kak zarina,sepia, yatie x menang tangan blender oren buat jus... aslina potong bawang coz ros cute nak wat air asam... abe poji ngan sibuk menguruskan apa yang patut... oh ye...sorang lagi...yusainie...tokey oren, tukang potong buah... dan x lupa liza...dia datang nak bantu tapi kene suruh berehat kat khemah... (bukan menghalau kawan, aku x de niat pun, aku nak ko rehat... sebab aku sayang ko kawan) alhamdulillah diam x diam semua selesai, adik2 degree pun balik dari explore race...comform diorang lapar, moleklah 2... jom kita makan ramai2... dan yang penting simpan makanan utk Liza... indah betul saat 2... makan cam 1 family besar yang berkumpul bila balik beraya ....
mlm makin larut... hati aku jadi kalut, x tau kenapa... aku jalan kat tepi pantai... argh!!! cepat betul masa berlalu... esok semua akan berubah, tiada lagi muzik di khemah, tiada lagi hilai tawa kawan2, "tiada lagi yang ku harapkan..tiada lagi yang ku impikan... biar aku sendiri tanpa dirimu" itu amy search cakap bukan aku hehehe... bila nak masuk khemah...lor... alahai, semua dah lending baik punya.... space aku dah x de.... kesian tengok kwn2 aku letih... jadi aku putuskan tidur kat buai...blh tengok laut, bintang dan menikmati keindahan malam...angan2 ku jadi kenyataan... cuma x tidur di atas pasir je... aku rasa nampak sesuatu dilangit... tahi bintang?.... yeslah! aku senyum sorang2 sambil wish sesuatu yang aku tahu aku mahu... berat dah mata nie... kita jumpa esok ye bayu...
19/08/09 0659 hrs
"pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang" aku dengar suara yang aku pasti aku kenal...alamak Cik Hisyam... dalam mamai aku aku turun dari buai, g khemah ambil barang terus g mandi... oh...segarnye.. kawan2 aku dah siap keluarkan barang... khemah kene runtuhkan dah... nak balik dah... alahai... mula sampai cam x best, bila layan jadi best, bila nak balik cam nak berkampung je kat pulau nie.. huhuhu...nak wat camne..masing2 ada tanggungjawab lain di darat sana...mcm biasa pungai barang masuk bot... sampai la kedarat..tapi ada cerita sedih gak..cik farah terjun selamatkan kayak habis handphone dia hilang... untuk cik Farah sabar... jangan menangis... kat jeti aku nampak dia nangis...sedih juga, mcm mana aku kalau ditempat dia... aku respect dia terjun dari bot semata2 rasa tanggungjawab yang wujud dlm diri... aku rasa semua yang ada mengerti isi hati dia... ... bila sampai kami loading barang masuk bas n lori akhirnya menuju ke destinasi.... bagi adik2, terima kasih bersama2 mengharungi saat suka dan duka...good luck!! bagi kawan2 PDRM,E-PJJ, ko semua memang hebat, aku bangga berada dikalangan kamu... buat pensyarah, cik Hisyam jasamu tetap ku kenang, terima kasih di atas segala2nya... perasaan aku x boleh nak diungkap... hanya terima kasih itu ayat yang paling baik bagiku untukmu, instructor, walaupun pada mulanya aku fedup tapi kamu sebenarnya insan yang penting dalam menjayakan expedisi nie, aku respect korang... ko banyak pengalaman dan x kedekut ilmu... buat semua I LOVE U ALL... muah...muah.... hehehehe
20/08/09 0200hrs
Sampai aku di hutan batu... kupandang kiri,kupandang kanan...aku rindu.... menjejak kaki ditempat yang bukan asing ini buatkan perasaan bosan aku kembali.... kenangan di pulau kapas akan ku simpan sebagai "KENANGAN TERINDAH"...... "didaun yang rimbun mengalir lembut, terbawa sungai ke hujung mata....dan aku mula takut terbawa cinta ...diruang rindu yang sesakkan dada...jalanku hampa dan kusentuh dia...terasa hangat di dalam hati...kugengam erat dan ku halangi waktu ...x urung jua ku lihat kau pergi....." berpisahlah kita di sini... esok masih ada... semoga kita bertemu lagi.... I MISS U ALL .......

Aku dan Pulau Kapas

salam untuk semua...

Aku dan Pulau Kapas.14/08/09 - 19/08/09

Pulau Kapas bukan asing bagiku... dah berkali2 aku pergi tapi kali ini berbeza dari selalu.. entahlah bila dah tua belajar bagai satu rahmat buat otakku yang berkarat.
kali ini lambaian pulau kapas menanti aku kembali.. hadir bukan untuk enjoy2..tapi menimba ilmu dan pengalaman baru dalam hidupku...
hari yang dinanti hadir, kujejakkan kaki dipulau kapas yang pasirnya satu ketika dulu mcm kapas bukan mcm sekarang nie... penuh dgn karang mati,polution ma...dulu chalet x banyak sekarang jangan kata...pergh!!! x tau nak kata... sayangnye pulau nie di negara MALAYSIA tapi tanah jadi milik orang asing.
PDRM-PLK
itulah nama group aku... semua dah keje dah tua bangka... tapi alhamdulillah, semangat dan hati x tua... adik2 digree ada... rasa kita dilayan sama rata. aku rasa aku yang paling pelik tapi aku peduli ape.. nak kata..katalah.. hadir aku nak menuntut ilmu yang aku sendiri x pernah dapat dari sapa2 kecuali pensyarah aku dan team dia yang hadir kat pulau kapas nie. Memang bohong kalau kata kita x sombong, iyelah pernah kerja ada pengalaman didada, tapi bila direnung dan digali barulah tahu, yang muda x semestinya x tau apa, ilmu mereka didada lagi hebat dari kita..respect ma... aku pun x ada ilmu mcm diorang...blh baca compas selamber je, kalau aku terkial2, bab mcm nie aku lemah, kurang cerdik sikit tapi kalau bab nak suruh berlari ke, berenang ke, memanjat ke, berkayak ke aku on jek...
instructor
yang nie aku suspek sikit, mula2 jejak dah kena sound trouble suruh pakai seluar panjang.. nasib baik badan dia besar, aku kecik... ikut je.. kene jemur di lembayung tengahari..aku terima..polis x leh panas itu bengong namenye... bila aku tgok sorang2 instructor 2 kira mcm nak buat hidangan tengahari dikala perut ku kelaparan...tapi bila dah bersama dan tengok senyuman happy aku rasa... apa salahnye kita hormat dia walaupun muda,.. aku jadi rajin sikit walaupun aku nie pemalas dan jenis x ambik port....bkn port kelang or portdickson... hahaha happy dapat lari dari kotaraya dan kerja yang x henti2 mcm kete kat jalanraya kl-shah alam...
instructor semua sporting ma, cun ape... cik farah...cik mazlin...wahai intan terpilih... thank ajar aku erti hidup diluar kepolisian dan protokol yang membosankan...
kawan2
Semua kawan2 x kira dari kelas aku, PJJ, Adik2 degree, semua jadi kawan, semua ada peranan dan watak masing2... watak yang dah lama disimpan terhasil di pulau ini...hebatkan? bagi aku sebagai manusia kita nie serba kekurangan dan ada kelebihan masing2... ada bwk watak emak, ada watak ibu mertua ku, ada watak tukang masak dan watak2 yang diberi oleh Allah SWT telah dijayakan dengan jayanya... hikmah dan nikmat ada dimana2... bagi aku tanpa kawan aku x hidup... tapi dalam menilai kawan, aku hanya pandai mendiamkan diri coz aku tahu aku pun hamba Allah yang serba kekurangan juga. tanpa kawan aku kesunyian, tanpa kawan aku jadi bodoh kat sana, banyak benda aku x pandai, diorang ajarkan, bila aku silap diprang jadi emak tegur aku, bila aku lapar diorang masak untuk diamkan mulutku yang membebel nie hahaha.. i love u my friends!!
oklah jap nanti kita sambung lagi pulau kapas aku rindu ko... rindu nak gi lagi tapi kali nie aku x pasti sama ada aku akan mengalami pengalaman mcm nie lagi..best sangat2... tanpa cik hisyam aku x sampai sini... dan tanpa dia aku rasa banyak benda aku x tau... selama nie aku x ambik tau pun pasal kayak ke, nak berkhemah reramai ke... nak rasa susah dalam hutan ke..tapi apa yang dia buat nie bukan sekadar pengalaman dan pembelajaran tapi adalah menyedarkan diriku sendiri dan tempat aku berpijak dibumi ini sebagai makhluk tuhan.... thank cik, thank kawan2, thank instructor... adik2... u are t best....