Jumaat, 4 September 2009

Antara Tanggungjawab Dan kasihan




salam untuk semua...

Seminggu yang lalu..
Datang seorang ibu..beranak 6 kerumahku..wanita itu bekerjaya seorang tentera....
tapi...
suami berada di dalam penjara.. kesalahan adalah kerana mainan politik semata2.. si Isteri menangis tersedu2 memikirkan anak2 masih kecil, bersekolah, rutinnya si ayah akan membantu menguruskan anak2 yang masih kecil.. keluarganya bahagia..terlalu bahagia..
aku termenggu memikirkan bagaimana cara nak membantu.. memang aku x punya kuasa nak melepaskan si ayah..tapi mungkin jua kerana aku juga seorang ibu...rasa kasihan wujud dalam diriku... kalaulah aku?? dia lebih berusia dariku tapi dia buntu, raya semakin hampir, anak2 sibuk bertanya "ayah kerja x nak balik ke" ayah x rindu kat kami ke ibu?"ayah x balik ke raya ni ibu??"
kelmarin...
aku diberi cuti kecemasan kerana anakku kurang sihat... dikesempatan itu ku jumpai seseorang yang tahu dan arif tentang cara untuk membantu meringankan nasib si ibu.. dan
semalam..
Di mahkamah lenggong, ku bawa si ibu, ... suaminya dapat diikat jamin RM1500.00, si ibu sanggup bergadai segalanya, tanah dan barang2 beharga. Kerana suami tercinta... diturutkan segala.. dengan anak2 yang dikendong dan dipimpin..berlinangan airmata, menyaksikan sebuah keluarga bertaup semula...
Pagi ini...
diriku x mampu lena, terbayang saat bahagia si ibu dan anak2.. bertemu dengan insan yang dicintainya.. kembali bersama, dan pasti Hari Raya ini cukup bermakna pada mereka. hanya itu yang aku mampu..kasihan,simpati dan marah, memikirkan kerana ketamakkan manusia sanggup hancurkan keluarga sendiri.. sanggup gunakan kuasa jahamankan sebuah keluarga bahagia... entahlah... macam2 aku lihat.. aku telan pahit dan manis.. yang pasti aku gembira dan terharu dapat melihat keluarga itu bersatu semula...

2 ulasan:

  1. mak aih! sodih eyh crito akak neyh...
    klau takbir ghayo dongar crito ni bleyh nangih ni...
    Naseb baik den ni bujang lg,xdo ank bini nak dpikir. suatu arini hrp jauh la bondo2 cmni...
    Akak klau nak nikah nnt jomput la den keumah eyh...mano2 pun xkesah...
    hehehe..

    BalasPadam
  2. salam.. itulah kehidupan..macam2 ada.. insya'Allah kalau kahwin la.. calon pun x do.. jauh lagi nak merantau nie dik oi... esok kalau adik kahwin ajaklah yo hehe

    BalasPadam