Ahad, 20 Disember 2009
ATIKAH MASUK WAD
MCM2 BENDA BERLAKU BULAN NIE... DARI CINCIN HILANG, LAPTOP HILANG DAN SAHABAT BAIKKU MASUK WAD...
BUAT KAWAN2... ATIKAH MASUK WAD DI HOSPITAL SUNGAI BULUH... PENYAKIT MISTERI...
DIA DAH OPERATE... TOLONG DOAKAN DIA SUPAYA CEPAT SEMBUH YE..
KALAU ADA YANG NAK MELAWAT.. ATIKAH BERADA DI TINGKAT 6, WAD 6A, KATIL 17....
SALAM UTK SEMUA....
Selasa, 24 November 2009
PERKOSAAN VISUAL- WOMEN ONLY
Peringatan Utk Wanita- mineral water
buat meNANtu lelaki
Jumaat, 20 November 2009
Suka-SUKA HatI
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.
KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".
DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh
p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.
Rabu, 4 November 2009
pedulikan saja..
Rabu, 14 Oktober 2009
AkU dAn oRaNG LaMA
lama rasanya x edit blog, last story tentang raya..lepas habis kelas cik Hisyam minggu lepas aku terus berangkat ke Maktab Kuala Kubu Baru, ada kursus kajian kawasan. Aku agak serabut sikit sebab terpaksa mengantikan anggota lain kerana dia mengalami masaalah kesihatan..
Isnin, 5 Oktober 2009
oRienTeeriNg Dan aKu yang HaPPy




Isnin, 28 September 2009
HARI RAYA,KELUARGA N ANAK2
KeLuArga Aku
Hari Raya memang meriah, walaupun Mak dah x ada.. alhamdulillah Semua abang & kakakku balik bersama family masing2.. anak2 buahku ramai sangat.. 16 orang..dalam perut pun dah ada 2.. sepupu2 aku pun balik..anak2 diorang ramaiiii.. ada yang dah kahwin n ada anak... jadi aku dah jadi Maksu@NEKSu kenelah menyediakan ape yang patut.. tiap2 tahun aku merangkap pembekal kuih raya kat kampung.. order untuk abah, abang, kakak dan saudara mara tercinta.. huhuhu..cecah ribu gak kos kuih jek..nak buat? x ada masa, x pandai, x sedap, hangus @ x masak.. tapi penyebab utama adalah =MALAS.. Saudara mara aku ada yang dok seremban, selangor, kl n kat mcm2 tempat..diorang dah jadi orang bandar.. x pelah kita orang kampung kan..kan.. Apa yang pasti..diorang akan berkampung di rumah abah aku gak.. mcm umah setinggan dah jadinye.. kat dapur pun leh jadi tempat tido..huhuhu..
Sebagai pembekal bunga api & mercun, aku dan abang Tam aku comform dikerumuni oleh anak2 buah & anak2 saudara termasuk anak jiran kiri dan kanan umah bapak aku untuk mendapatkan bahan letupan masing2.. kami bagi free jek.. abah aku tolong pasang pelita n ajar cucu2 dia main dengan berhati2 tapi aku tengok Abah aku pun main mercun bola gak,mercun ketupat dan botol..!! green light...
Bab masak, x payah risau, ramai wakil2 menunjukkan bakat terendam, jadi aku cuma wat rendang nogori sembilan 2 ajelah kot.... rendang tok, wakil kedah ada, penang ada, kelantan ada, johor ada, perak ada, ganu pun ada.. sebab adik bradik aku kawin merata2 termasuk sepupu aku gak.. family aku mmg suka kawin jauh2.. x taulah kenapa.. tapi paling aku happy nenek aku nak masak gak wlpun dah 95 tahun.. gigil2, dilarang dia marah OOoo, huhuhu..
Anakku Aiman Syahmi & Arif Zal Hasmi..
Adik(Arif) demam sehari sebelum raya.. selsema n x larat sesangat.. rupa2nya dia kene MAMPS @begok@ bengkak kelenjar.. tapi dia x meragam langsung.. makan, minum, main munga api pun larat wlpun aku tau dia sebenarnya paksa diri nak wat benda 2 semua sebab teringin join sepupu2 dia main dan beraya.. makan ubat pun x ada masaalah, coz dari kecik dia suka makan ubat.. wlpun baru 5 tahun dia lagi besar dari abang dia..dan lagi aktif.
Abang(Aiman) Hari raya dia paling happy.. sihat n berlari sana sini main kejar2.. nyorok2.. dan beraya sakan..tapi bila adik sihat dia kene ruam.. dan bukan ruam biasa.. dia kene CHICKENPOX @ campak@ cacar air.. bukan itu aje..semalam abang kene sakit mata pulak dah... doctor bagi MC sampai sembuh.. alahai anakku sayang... adik pulak leh lari2, nyorok2 tgalkan abang haaai..macam2!! sebagai ibu, aku x kemana2, takat rumah akak, balik kampung arwah mak, gi kubur mak dan abang iparaku yang baru meninggal bulan 7 yang lepas. aku jaga adik dan abang.. yang pasti tiap kali raya adik mesti demam, tapi tahun nie dua2 sekali.. cinta hati pengarang jantungku sakit pulak...
lupa nak bagitau.. Syasha mak dan ayah dia dah ambil..walaupun berat tapi itu yang terbaik baginya..sempat gak beli baju dia dan barang mainan.. tapi aku rindu... sakit rasanye rindu kan tomel aku nie.. baru nak baraya sama2.. yang penting tomelku berada disamping keluarganya..hatiku ..hahaha jangan ditanya..
Oklah panjang cerita raya.. apapun aku dah masuk keje.. ada pahit, manis raya tahun nie, nenek raya dengan aku, semua abg&kakakku balik beraya, sebelum nie x pernah cukup pun, saudara mara pun berkumpul kat rumah Abah, anak2ku beraya dengan aku, My X pun beraya dengan aku dan yang pasti aku dapat CUTI RAYA!!! Syukur sangat2... cukuplah disini saja.. bye.. )
CinTa DaLam Hati
Ahad, 27 September 2009
ALaHai Nak Wat Camne Ek...
Ahad, 13 September 2009
beRanGin..
Isnin, 7 September 2009
kAsiH SaYanG...



Sabtu, 5 September 2009
Macam X Caya Tapi Kenyataan OOOoo





aku antara insan terakhir turun.. kat bawah tadi cik farah suruh wat spiderman.. bunyi cam best pulak.. cik Boxer kita pun siap ajar cara2 nak wat spiderman.. cik john pun sama lah jadi cikgu dok ajar aku... diorang kata best.. best ke?? x taulah.....cik hafis dah siap tolong aku pakai seat harnes..so this is my turn.. nak turn back x leh dah hukhuk.. control nyawa je dah nie.. bila dah time aku redha je ape cik Yasir n cik Hisyam buat..yang pasti Cik Hisyam tolong wat boweline kat pinggang aku yang kecik nie..bukan aku je, dia wat kat semua yang nak turun.. sayang gak dia kat kita yek!! Cik Yasir adalah peranan utama.. dia yang bagi penerangan n cara2 sebelum nak turun bangunan 2.. muka dia x leh cakap, garang ke tegas ke geram ke letih ke x tau nak kata...peluh dia mencurah2 nasib baik x menitik kat muka aku nie... huhuhu.. bila dah langkah penghadang tepi 2 aku x leh nak story ape dah.. dengan je arahan dari cik Yasir..suruh aku turunkan punggung? hehe kelakar..luruskan badan sampai street kat dinding.. kepala kat bawah,kaki kat atas.. bawah nampak pokok, atas nampak awan dan aku jadi sawan hahaha.. dan yang pasti aku wat spiderman.. x salah aku nak cuba kan kan .. keselamatan pun 100% aku rasa selamat.. dan kalau apa2 berlaku, pasti wonderpet akan datang membantu huhuhu..alhamdulillah aku selamat turun ke bawah walaupun pada mula2 nya aku bermasaalah ditengah2 bangunan 2... x kira, aku nak wat gak spiderman sampai abis... nak jugak!nak jugak!
Syukurlah semua berjaya buat abseiling.. aku pun nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua yang terlibat membantu,mengajar dan memberi nasihat berguna buat aku n kawan2..ikutkan hati teringin nak buat lagi.. nak wat mcm2 cara..mesti best.. yelah,mungkin ini lah yang terakhir,..x tau bila lagi dapat buat mcm nie.. kalau x belajar comform aku x dapat pengetahuan tentang abseiling nie.. aku happy sangat!! mekasih semua!!! salam.
Jumaat, 4 September 2009
Antara Tanggungjawab Dan kasihan

suami berada di dalam penjara.. kesalahan adalah kerana mainan politik semata2.. si Isteri menangis tersedu2 memikirkan anak2 masih kecil, bersekolah, rutinnya si ayah akan membantu menguruskan anak2 yang masih kecil.. keluarganya bahagia..terlalu bahagia..
Isnin, 31 Ogos 2009
Khamis, 27 Ogos 2009
MALAM PERTAMA
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Rabu, 26 Ogos 2009
PELANGI PETANG
KUmeniti AWan yaNG kelabu...
ku tempuhi lorong yang berliku..
Mencari siNar YanG MEneRANgi kegeLAPankU...
kUpercaya nanTi Suatu Masa...
Sang Suria Kan Menjelma Jua...
Bagai pelangi petang kau kan pasti PERGI JUA.....
eNGKAU tiba BagaiKan PeLangi....
TAK BERCAHYA NAMUN KAU BERSERI...
Tapi CUKup MengHiburKan Hati Ini.... Seharian Waktu Besama MU...
Tak terasa Saat YanG Berlalu......
Bagai PELANGI PETANG Kau Kan PasTi Pergi Jua....
salam untuk semua...
selalu yang tersirat lebih baik dari tersurat...sebab x menyinggung sesiapa...entahlah....
Ahad, 23 Ogos 2009
GamBaR Sikit2 Kat PuLaU KapAS 3
Aku Dan Bulan PuaSa
"alangkah beruntungnye kita, sihat dan mampu menunaikan tgjwb utk berpuasa...kan..kan"
Hari nie aku balik kampung...balik kuala pilah,N9... kampung abah...
Bulan puasa byk kenangan buat aku, dulu masa umur 6 taun, baju raya aku terbakar malam raya, masa orang kampung datang, buat takbir rumah ke rumah... sampai melecur kulit dan parut pun ada lagi sampai sekarang...mak aku menangis... peluk aku . abah kendong aku bawak g klinik kat kampung... puncanya.. abang aku bakar meriam buluh masa aku tengah lari2 main munga api...
Tahun2004, bulan puasa juga, Mak yang paling aku cinta,sayang dan kasih kembali menemui Maha Pencipta... lagi beberapa hari nak raya... masa 2 raya mcm x raya... kami x sambut apa pun...abah berkurung dalam bilik... aku tahu abah menangis...
Sekarang, aku balik kampung,.. yang tinggal abah.. abang,kakak dan anak buah ku yang seramai 18 orang termasuk 2 di dalam perut kakak2 ku... besarnye family...best...tapi kita nie manusia, sering ada rasa sayu, sedih, gembira, pilu dan rindu....
Masa aku bawak kete nak balik kampung semalam, niat aku nak g ziarah kubur Mak, rindu kan mak, dulu tiap kali aku balik, mak akan tunggu aku kat depan rumah, aku memang manja, tidur pun dengan mak... makan bersuap, tidur kat peha, x cakap pun mak akan masak apa yang anak2 dia suka... tapi itu dulu.....
Bila sampai kampung, semua berbeza, tapi aku tetap gembira ada Abah yang x pernah jentik aku dari lahir sampai sekarang... abah selalu tegur... x pun abah akan cakap elok2 walaupun berbisa kat telingga kami semua......tapi kekosangan hati tetap ada... aku bersyukur ada Abah, dia x pernah fikir nak cari penganti Mak, walaupun kami paksa... dia kata "kucing Abah kan dah ado" Puteh ado, kelabu ado, Hitam ado... x payah kau risau dah...pandailah den jago diri... kalau mato den pojam pun... den ingat Omak kau jo" aku dgn adik beradik terkedu bila Abah cakap mcm 2... jadi kami x pernah tanya abah pasal penganti Mak... Aku tahu abah sunyi, dok sorang kat kampung...
Malam nie, lepas berbuka dgn Abah, abang & kakak,.. aku gerak balik KL, esok aku kerja...
bila sampai rumah aku terfikir nak kata sesuatu " buat kawan2" baliklah kampung selagi Mak Ayah kita ada... sibuk mana pun kita gilah balik, sebab bila salah seorang atau kedua2nya tiada..x ada makna hidup kita.. nak nyesal pun x guna...kasih sayang mak abah kita x boleh beli kat pasaraya, x boleh cari kat puncak gunung manapun, x boleh carik kalau kita selam sedalam mana pun...baliklah...
Apa pun aku bangga ada masih ada keluarga yang sentiasa jadi tulang belakang aku, buruk aku mereka terima... susah senang aku mereka tanggung bersama.... bangun jatuh aku mereka tetap ada.. x pernah sisih dan tinggalkan aku sendiri.. Terima Kasih Allah beri aku sebuah keluarga yang cukup bahagia...............
Buat semua, aku mintak maaf, x tau kenapa hati aku tiba2 sedih... apapun aku mintak maaf banyak2 atas segala kekasaran dan kesalahan aku selama ini... Selamat Berpuasa!!!
Khamis, 20 Ogos 2009
aKu Dan puLau Kapas 2
Aku dan Pulau Kapas
Aku dan Pulau Kapas.14/08/09 - 19/08/09